Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam telah dibina pada tahun 1983 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1985.
Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor itu berkeluasan hampir 206 kilometer persegi dan meliputi kawasan perumahan, perniagaan serta perindustrian.
Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan dari sebuah Balai Polis Komuniti iaitu Balai Polis Komuniti Setia Alam dan sebuah Pondok Polis iaitu Pondok Polis Hospital Shah Alam yang terletak dalam daerah sama.
Balai berkenaan kini diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dan dibantu seramai 65 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.