Balai Polis Sungai Ambat telah wujud sekitar tahun 1982 dan ia dirasmikan oleh Ketua Cawangan Khas Johor, ACP Tuan Nordin Omar ketika itu, pada 28 Februari 1985.
Balai tersebut mempunyai keluasan lima ekar yang diletakkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan pentadbiran balai tersebut meliputi beberapa buah perkampungan, perladangan dan perikanan.
Kini ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dan dibantu seramai 14 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.
#PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP