Info Balai PDRM

BALAI POLIS SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR

Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, Selangor telah dibina pada 15 Januari 2008. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 25 November 2011.
Balai yang terletak di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tersebut mempunyai keluasan pentadbiran 19 kilometer persegi yang meliputi kawasan perumahan dan perniagaan.

Kini, Balai Polis Seksyen 9 diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dan dibantu seramai 59 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS