Anggota Balai Polis Taman Scientex, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam sentiasa meneruskan pemantauan di kawasan berisiko berlakunya banjir seperti di Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat dekat Johor.
Selain pemantauan berterusan paras air, polis juga sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk sebarang bantuan dan penduduk juga dinasihatkan sentiasa berhati-hati terutamanya mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai.