Info Balai PDRM

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN TINJAU TAPAK LOKASI IPD BAHARU

Kota Tinggi, 14 Oktober 2022 – Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass melakukan tinjauan kedudukan tapak yang bakal dijadikan lokasi pembinaan Ibu Pejabat Daerah (IPD) baharu iaitu IPD Pengerang, di sini, semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S Muthuvelu bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Nik Azaham Nik Aziz.
Datuk Zaini turut mengadakan lawatan ke Balai Polis Bandar Penawar, Balai Polis Bayu Damai dan dua buah bangunan kedai di kawasan Taman Bayu Damai yang akan diubah sebagai pejabat sementara bagi pengoperasian IPD Pengerang.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Mohd Alwi Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bukit Aman, SAC Mohd Asri Md Akhir.

Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and military uniform

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS