Info Balai PDRM

BALAI POLIS MASJID TANAH, MELAKA

Balai Polis Masjid Tanah yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka dirasmikan pada 6 Mac 1984 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tuan Mohd Kassim Ahmed.

Balai tersebut mempunyai keluasan pentadbiran 68 kilometer persegi meliputi kawasan perumahan dan perindustrian.

Penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan dari sebuah pondok polis iaitu Pondok Polis Pengkalan Balak.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sub Inspektor dan dibantu seramai 31 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS