Info Balai PDRM

BALAI POLIS SIMPANG AMPAT, MELAKA

Balai Polis Simpang Ampat yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah dirasmikan pada 29 Julai 2009 oleh Ketua Polis negeri ketika itu, SAC Datuk Mazlan Mansor.

Balai tersebut pernah memenangi tempat kedua Anugerah Balai League Table bagi kategori E pada tahun 2010.

Balai yang mempunyai keluasan pentadbiran 102 kilometer persegi itu turut mendapat sokongan kekuatan dari dua buah pondok polis iaitu Pondok Polis Taboh Naning dan Pondok Polis Brisu.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dan dibantu seramai 17 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#InfoBalai
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27112022

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS