Info Balai PDRM

BALAI POLIS BATU 9, KAJANG

Balai Polis Batu 9 yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah dirasmikan pada 4 September 1982 oleh Ketua Polis Selangor ketika itu, CP Dato' P. Alagendra.

Balai tersebut mempunyai keluasan 0.5 hektar dan kawasan pentadbiran meliputi kawasan perindustrian, perkampungan dan perumahan.

Ia diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan dibantu seramai 75 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS