Balai Polis Menumbok yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort telah dirasmikan pada 17 Jun 2010 oleh Pengarah Pengurusan ketika itu, CP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari.
Balai tersebut mempunyai keluasan pentadbiran 74 kilometer persegi meliputi kawasan perikanan, perladangan dan perkampungan.
Ia
diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sub Inspektor dan dibantu seramai 14 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#03072023