Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#InfoPDRM PANJI-PANJI POLIS DIRAJA MALAYSIA

TAHUN 1961

Sebagai mengenang jasa pasukan polis kepada negara, satu upacara gilang-gemilang telah diadakan di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney, Kuala Lumpur pada pagi 11 November 1961, iaitu Penganugerahan Panji Utama. Panji tersebut diperbuat daripada kain sutera berwarna biru, ditekat dengan lencana polis berbenang perak di tengah-tengah panji dan di bahagian bawah panji tertera perkataan “DZARURAT 1948-1960” dengan benang biru di atas skrol berwarna perak.

TAHUN 1971
Pada 24 Julai 1971, bertempat di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur, satu upacara perbarisan pengurniaan Panji-Panji kepada Batalion-Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Pasukan Polis Marin telah diadakan. Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Mahrum Sultan Badlishah sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatan cemerlang ketiga-tiga pasukan berkenaan.

TAHUN 1976
Pada tanggal 25 Mac 1976, satu perbarisan Diraja dan penganugerahan Panji-panji kepada Batalion ke 17, 18 dan 19 Pasukan Polis Hutan telah diadakan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney (Jalan Semarak), Kuala Lumpur. Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahaya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Jom kongsikan #infoBersama untuk manfaat kita semua.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS