Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#INFOPDRM UNGERIN PASUKAN POLIS MARIN

Unit Gempur Marin atau UNGERIN merupakan sebuah unit dalam Pasukan Polis Marin (PPM) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). UNGERIN ditubuhkan pada tahun 2006 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007.

Unit ini bertanggungjawab untuk menangani ancaman lanun, rompakan, penculikan, rampasan kapal dan serangan pengganas di perairan negara. Unit ini berpengkalan di Pelabuhan Klang, Selangor dan Lahad Datu, Sabah sebagai benteng utama bagi menjaga perairan Selat Melaka dan Pantai Timur Sabah.

Pegawai dan anggota dari UNGERIN mendapat latihan khas daripada 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mempunyai senjata khusus selari dengan keperluan penugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

Sila layari Facebook rasmi PPM di https://www.facebook.com/pasukanpolismarin/ untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai kejayaan dan aktiviti PPM.

Pasukan Polis Marin

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoBersama
#InfoPDRM

Image may contain: one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS