Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#LegasiPejuangSeragamBiru LANS KOPERAL ADA BIN KULIM

Lans Koperal (L/Kpl) Ada bin Kulim dilahirkan pada 29 September 1964 di Gua Musang, Kelantan. Beliau mula berkhidmat dalam Pasukan polis pada 15 Mac 1985 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pada 26 Mac 1988, L/Kpl Ada yang pada ketika itu berpangkat Konstabel dan bertugas di Skuadron B, Unit B Pasukan Gerak Khas, Ulu Kinta, Perak bersama rakan sepasukannya menyertai satu operasi khas penghantaran pulang pendatang-pendatang asing tanpa izin dari Acheh, Indonesia yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor. Sebelum operasi penghantaran dimulakan, satu rusuhan telah berlaku di mana perusuh-perusuh bertindak bertindak ganas dan membaling batu ke arah pondok pengawal polis serta membakar blok banggunan kem tersebut. L/Kpl Ada bersama rakan pasukannya ditugaskan untuk masuk ke kem berkenaan bagi menghentikan rusuhan dan membawa keluar perusuh yang telah menyerang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tanpa memikirkan tentang keselamatan dirinya, L/Kpl Ada dengan berani menyerbu ke lokasi rusuhan sehingga berjaya mengawal situasi. Walaupun rusuhan tersebut berjaya ditamatkan, L/Kpl Ada telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat diserang menggunakan senjata tajam oleh perusuh.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke X, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PGB kepada L/Kpl Ada pada pada 1 Jun 1998.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS