Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#LegasiPejuangSeragamBiru SARJAN SAGADEVAN RAJOO

Sarjan Sagadevan Rajoo dilahirkan pada 7 Mac 1951 di Kuala Muda, Kedah. Beliau mula berkhidmat dalam Pasukan polis pada 5 Mei 1974 sebagai Konstabel dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pada 2 Julai 2000, ketika beliau bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Perak, beliau telah melakukan tugas penyamaran untuk menyiasat Bukit Jenalik, Sauk kerana mendapat maklumat tentang sekumpulan penjenayah bersenjata api yang bersembunyi di kawasan berkenaan. Malangnya, Sarjan Sagadevan bersama Detektif Sarjan Mohd Shah Ahmad telah ditawan oleh kumpulan Al-Maunah yang diketuai oleh Mohamed Amin. Kumpulan ini telah menyamar sebagai anggota tentera berpangkat Kapten dan Leftenan Kolonel sebelum melarikan sejumlah alat komunikasi dan senjata api dari kem tentera di Grik.

Sarjan Sagadevan telah diseksa secara fizikal dan mental sepanjang menjadi tawanan akibat tidak memberikan kerjasama kepada kumpulan Al-Maunah untuk membocorkan rahsia-rahsia sulit kerajaan. Beliau akhirnya telah terkorban akibat ditembak di bahagian kepala oleh kumpulan Al-Maunah berkenaan.

Bagi mengenang jasa, pengorbanan dan semangat juang mendiang Sarjan Sagadevan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke VII, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat PGB kepada beliau pada pada 27 Disember 2001. Selain itu, mendiang Sagadevan turut dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara medan (field promotion) oleh Ketua Polis Negara pada ketika iaitu Tan Sri Norian Mai.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS