Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#LegasiPejuangSeragamBiru ACP IBRAHIM LEBAR

ACP Ibrahim Lebar dilahirkan pada 2 Mei 1961 di Terengganu. Beliau mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 5 Januari 1986 sebagai Inspektor dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sejurus menjalani latihan, beliau bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan tugas terakhir beliau adalah di Cawangan Khas Bukit Aman.

Tanggal 2 Mac 2013, ACP Ibrahim yang pada ketika itu berpangkat Superintendan (Supt) telah mengetuai satu operasi khas bagi menangkap penceroboh daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Ketika pasukannya sedang melakukan pemeriksaan secara terperinci di kawasan tersebut, beliau telah diserang hendap oleh penceroboh yang bersenjatakan senapang dan parang Barong.

Hal itu menyebabkan berlaku kejadian berbalas tembakan di antara pasukan ACP Ibrahim dan RSF. Malangnya, ACP Ibrahim telah terkena tembakan penceroboh RSF sehingga mengakibatkan beliau terkorban.

Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham ACP Ibrahim kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada pada 2 Disember 2014.

Allahyarham ACP Ibrahim turut dinaikkan pangkat secara medan (field promotion) daripada Superintendan kepada Asisten Komisioner Polis (ACP) pada Sambutan Hari Polis ke-206.

Jom ikuti temu bual eksklusif bersama Pegawai Polis Cawangan Khas Bukit Aman, ASP Mohamad Hasnal Jamil yang berkongsi kisah beliau yang turut terlibat dalam operasi khas berkenaan bersama Allahyarham ACP Ibrahim mempertahankan kedaulatan negara dalam insiden serangan hendap di Kampung Air Simunul, Semporna,Sabah di pautan berikut https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/2966421446762441/

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan titipan doa buat Allahyarham ACP Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha-Esa.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS