Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#InfoPDRM PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU)

Pada sekitar tahun 1950-an, insiden mogok, perarakan dan rusuhan adalah peristiwa yang sering berlaku di seluruh negara. Ia disebabkan oleh beberapa isu termasuk perkauman, keagamaan dan gerak saraf oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang menggerakkan mogok dalam kesatuan sekerja.

Pasukan Polis pada ketika itu tidak mempunyai pasukan pencegah rusuhan yang tersusun dan sempurna untuk menangani insiden berkenaan. Oleh yang demikian, PSP atau lebih dikenali sebagai Federal Reserve Unit (FRU) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1955, secara khusus untuk menangani situasi ketenteraman awam.

Kami kongsikan semula gambar kenangan Pasukan Simpanan Persekutuan pada tahun 1970-an.

Sumber: Muzium Polis Diraja Malaysia

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#InfoPDRM
#InfoBersama

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS