Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HARI POLIS KE-213: 11 HARI LAGI

Pakaian Seragam Polis Kelantan Tahun 1909.

Selepas perjanjian 1909, Kelantan mempunyai Pasukan Polis Melayu yang teletak di bawah kawalan Tengku Sri Maharaja, iaitu seorang Kerabat Diraja.

Di samping itu, terdapat sebuah lagi pasukan yang dikenali sebagai Military Police. Fungsi utama pasukan ini menyediakan kawalan dan eskot. Apabila Raja Kelantan menerima seorang Penasihat British iaitu G. Cullen, beliau telah menyusun semula struktur Pasukan Polis Kelantan dengan menyandang jawatan Penguasa Polis dan kemudian sebagai Ketua Polis Negeri pada tahun 1910, manakala Tengku Maharaja kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Kelengkapan bagi keperluan pakaian ini adalah:

- Topi bulat hitam berjambul /Cap badges
- Baju lengan panjang kuning berkolar (lepas luar)
- Seluar pendek kuning
- Tali pinggang kulit hitam
- Tanda bahu Kelantan (tulisan Jawi)
- Kasut kulit hitam

#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: 2 people, people standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS