Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

SEGMEN #ThrowBack: PENGLIBATAN PERTAMA POLIS WANITA DI CAWANGAN TRAFIK

Anggota polis trafik wanita mula dilibatkan dalam penugasan mengawal lalu lintas seawal tahun 1957.

Jom sama-sama kita mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, suatu ketika dahulu menerusi segmen #ThrowBackPDRM.

Gambar berikut diambil semasa anggota polis trafik wanita menjalankan tugas membantu kanak-kanak sekolah dari Malay Girls School, Kampung Baru, Kuala Lumpur melintas jalan. Selain itu, tugas-tugas polis trafik termasuklah menyiasat kemalangan dan mengiringi orang kenamaan yang dipraktikkan sehingga kini.

Maklumat lanjut menerusi ‘Buku Polis Wanita’ (Sejarah Bergambar 1955-2007)

Anda ada sebarang gambar menarik yang ingin dikongsikan bersama kami? Sila hantarkan bahan-bahan tersebut ke alamat emel official.pdrmsia@gmail.com atau melalui inbox PDRM. Kami mengalu-alukan dan menghargai sebarang perkongsian daripada anda.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#ThrowBackPDRM
#19072020

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS