Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,635 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,027 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,126 anggota telah membuat pemantauan di 5,360 buah restoran, pasar raya (3,901), bank (3,684), penjaja (2,442), kilang (1,506) dan pejabat kerajaan (681).

Turut dipantau ialah 1,011 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (240) dan terminal pengangkutan udara (75).

Semalam, seramai 950 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 838 dikompaun, 93 individu direman manakala 19 lagi dijamin.

Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (217),
rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (209), tidak memakai pelitup
muka (180), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan
(117), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (41), aktiviti
pusat hiburan (39), keluar rumah tanpa alasan munasabah (30),
membawa penumpang berlebihan (19), ingkar perintah kuarantin (15) dan lain-lain (83).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (8 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS