Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#InfoPDRM INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU SABAH

Tahun ini telah genap lapan tahun insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang mengorbankan 10 wira negara ketika mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sesungguhnya, peristiwa penuh tragedi itu tidak mungkin akan luput dari ingatan kita semua, khasnya warga pasukan keselamatan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Merekalah wira-wira negara yang telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga hingga ke titisan darah terakhir demi memastikan Malaysia, tanah penuh keramat tidak sesekali dirampas oleh sesiapapun.

Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah:
1. Allahyarham ASP Zulkifli Mamat
2. Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud
Wira-wira yang terkorban ketika pertempuran di Kampung Simunul, Semporna, Sabah:
1. Allahyarham ACP Ibrahim Lebar
2. Mendiang DSP Michael Padel
3. Allahyarham Sarjan Mejar Detektif Baharin Hamit
4. Allahyarham Sarjan Mejar Aziz Sarikun
5. Allahyarham Sarjan Sokongan Salam Togiran
6. Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran.
Al-Fatihah dan salam takziah untuk semua wira negara yang terkorban. Kami berikrar akan terus mempertahankan bumi Malaysia yang tercinta ini sehingga ke akhir nyawa. “Taat, Setia!!”

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS