Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 67,134 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,866 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,934 anggota telah membuat pemantauan di 5,571 buah restoran, pasar raya (7,122), bank (4,316), penjaja (2,953), pasar awam/tani (2,487), kilang (2,215) dan pejabat kerajaan (1,134).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,409), tempat riadah (1,695), terminal pengangkutan darat (1,472), terminal pengangkutan air (424) dan terminal pengangkutan udara (112).

Semalam, seramai 41 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 28 dikompaun manakala 13 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (24)
- Tidak memakai pelitup muka (7)
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (5)
- Tiada penjarakan fizikal (2)
- Lain-lain (3)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (25 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of one or more people, people standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Komunikasi Korporat) LISDIRAJA TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 67,134 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,866 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 41 28 DIKOMPAUN 13 DIREMAN 0 DIJAMIN POLIS JENIS JENIS KESALAHAN MASIH DILAKUKAN: 1. Gagal menyediakan peralatan merekod diri butiran pelanggan. Tidak memakai pelitup muka. 3. Merentas daerah negeri tanpa kebenaran. 4. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. Polis Diraja Malaysia Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan 2021 pdrmsia_official DRMsla PDRMsia DRMsia Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS