Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 48,495 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,692 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,737 anggota telah membuat pemantauan di 4,582 pasaraya, restoran (5,795), kilang (2,125), bank (3,011), pejabat kerajaan (1,019) dan penjaja (4,022).
Turut dipantau ialah pasar awam/tani (120), tempat ibadah (231), tempat riadah (16,447), terminal pengangkutan darat (3,194), terminal pengangkutan air (1,807) dan terminal pengangkutan udara (1,006).
Semalam, dua (2) individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan kesemuanya dikompaun.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran dua (2)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (1 April 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN