Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM (UPDATE 08/04/2021)

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 65,329 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,635 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,964 anggota telah membuat pemantauan di 4,573 pasar raya, restoran (5,980), kilang (2,280), bank (3,824), pejabat kerajaan (1,010) dan penjaja (2,773).

Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,157), tempat ibadah (3,186), tempat riadah (1,794), terminal pengangkutan darat (1,429), terminal pengangkutan air (318) dan terminal pengangkutan udara (106).

Semalam, 64 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 59 dikompaun manakala lima (5) direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (32)
- Tidak memakai pelitup muka (19)
- Gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (10)
- Tiada penjarakan fizikal (3)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (8 April 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS