Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,137 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,350 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,422 anggota telah membuat pemantauan di 4,323 pasaraya, restoran (5,269), kilang (2,017), bank (4,102), pejabat kerajaan (996) dan penjaja (4,607).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,419), tempat ibadah (3,562), tempat riadah (1,775), terminal pengangkutan darat (1,488), terminal pengangkutan air (358) dan terminal pengangkutan udara (117).

Semalam, 286 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 284 individu dikompaun manakala dua (2) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (125)
- Aktiviti pusat hiburan (22)
- Tidak memakai pelitup muka (54)
- Tiada penjarakan fizikal (49)
- Lain-lain (22)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (1 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#01052021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Komunikasi Kporat) TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 67,137 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,350 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 286 284 DIKOMP AUN DIREMAN 0 DIJAMIN POLIS JENIS-JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1. Gagal merekod butiran diri daftar masuk premis. 2. Aktiviti pusat hiburan. 3. Tidak memakai pelitup muka. 4. Tiada penjarakan fizikal. Sumber: Kenyataan Medla Menteri Kanan Pertahanan Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official DRMsia PDRMsla PDRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS