Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 76,904 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 3,786 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 16,127 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 581 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 574 individu dikompaun, enam (6) lagi direman manakala seorang dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:

- Tidak memakai pelitup muka (191)
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (119)
- Tiada penjarakan fizikal (89)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (67)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (53)
- Lain-lain (62)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (28 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Komunikasi Korporat) OLISDIRAJA TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 76,904 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,786 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 581 DIKOMPAUN DIREMAN DIJAMIN POLIS JENIS JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: Tidak memakai pelitup muka. Gagal merekod butiran diri daftar masuk premis. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. Merentas daerah negeri tanpa kebenaran. 5. Tidak patuh arahan kawalan pergerakan. Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan Bertarikh |2021 Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official DRMsia PDRMsia PDRMsia Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS