Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] OP PATUH: 810 PREMIS INGKAR SOP DIARAH TUTUP

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2021 - Sebanyak 810 premis ditutup dalam tempoh seminggu ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana pengingkaran SOP akan memberi risiko besar kepada konteks penularan COVID-19 di Malaysia.

Menurutnya, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Kluster Keselamatan, beliau perlu tegas dalam soal pematuhan SOP oleh premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

"Apabila kemudahan beroperasi diberikan, sepatutnya tiada alasan untuk mana-mana premis ingkar SOP.

"Besar risikonya terhadap keselamatan negara terutama dalam konteks penularan COVID-19," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Menurutnya, mengenakan tindakan bukan kemahuannya atau Polis Diraja Malaysia, sebaliknya premis yang tidak bertanggungjawab kerana melanggar SOP perlu menanggung akibatnya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS