Masyarakat dinasihatkan untuk terus memakai pelitup muka walaupun dalam fasa peralihan endemik.
Sebagaimana yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, pengecualian pemakaian hanya dibenarkan dalam keadaan berikut:
1. Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel/tempat penginapan, tempat dan kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain.
2. Ruang kerja persendirian.
3. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah.
4. Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing
5. Individu dengan masalah pernafasan (dengan syarat mengemukakan laporan perubatan yang disahkan pengamal perubatan berdaftar).
6. Ketika makan dan minum.
7. Aktiviti persembahan (menyanyi,menari, berlakon dan berceramah)
8. Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.
9. Individu berkeperluan khas (OKU tertentu seperti individu dengan "cerebral palsy"/autisme).
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#16042022