Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HARI KEBANGSAAN 2022: IKRAR RUKUN NEGARA, ASAS PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA

Sempena Hari Kebangsaan ke-65 yang bakal disambut 31 Ogos nanti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati Rukun Negara yang menjadi asas perpaduan kepada rakyat dalam negara ini.

Rukun Negara telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-13 pada 31 Ogos 1970.

Dengan menghayati Ikrar Rukun Negara, dapat kita menyuntik semangat cintakan negara dan sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan maruah serta kedaulatan negara tercinta ini.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15082022

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS