Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

HARI POLIS KE-217: MENJUNJUNG KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS UCAPAN PARA PEMIMPIN DAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERCINTA!

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjunjung kasih dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas ingatan tulus ikhlas yang dizahirkan oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia tercinta sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024.

Biarpun nyawa menjadi taruhan, keselamatan kalian menjadi keutamaan kami. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan selama ini.

Bersama-sama kita titipkan doa semoga tanah air tercinta ini kekal selamat, aman dan harmoni hingga ke akhirnya.

Kami sayang anda semua!!

👨🏻‍✈️🧑🏻‍✈️🇲🇾

'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS