Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

UCAPAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA HARI IMIGRESEN KALI KE-102

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Imigresen Kali Ke-102 buat Jabatan Imigresen Malaysia.
Bertepatan dengan slogan “Imigresen Perkasa di Persada Dunia”, diyakini Jabatan ini akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan imigresen bertaraf dunia selaras dengan kepentingan keselamatan dan kedaulatan negara.

Warga Sang Saka Biru akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Jabatan Imigresen Malaysia menerusi jalinan kerjasama strategik yang utuh demi memartabatkan kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

Selamat Menyambut Hari Imigresen Kali Ke-102
(TAN SRI RAZARUDIN BIN HUSAIN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS