Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
VIDEO TULAR: SEKUMPULAN LELAKI BERMOTOSIKAL MENGEJAR SEBUAH KENDERAAN VAN JENAZAH
VIDEO TULAR: SEKUMPULAN LELAKI BERMOTOSIKAL MENGEJAR SEBUAH KENDERAAN VAN JENAZAH
"Pada 4 Ogos 2024, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah terkesan satu video memaparkan sebuah kenderaan van jenazah telah dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal dan mendakwa van tersebut telah dicuri dan terlibat dengan kes pecah rumah."
"Pihak polis telah menerima laporan daripada pengadu yang merupakan pamandu van jenazah tersebut. Pada hari kejadian beliau memandu kenderaan tersebut ke satu
kawasan perumahan untuk dihantar kepada seorang mekanik."
"Beliau telah tersalah alamat dan terpaksa memandu perlahan sehingga menyebabkan salah faham sebelum ditahan serta dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal membawa senjata kayu dan besi yang menuduh beliau memandu kenderaan curi dan terlibat kes pecah rumah."
"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah) dan siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersabit dengan video tular yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain."
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof
