Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
GAMBAR TULAR: SEEKOR KUCING TERGANTUNG DI BELAKANG SEBUAH KENDERAAN
"Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian membabitkan seekor kucing tergantung di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda semalam."
"Pada hari kejadian beliau telah menjumpai seekor kucing jalanan di rumahnya dalam keadaan tidak terurus. Kemudian, beliau berhasrat untuk membawa kucing tersebut ke klinik haiwan bagi tujuan pemandulan."
"Beliau hanya menyedari bahawa kucing yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan cuba melompat keluar apabila sampai di klinik tersebut dalam keadaan tergantung."
"Kes dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya."
Sumber kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim
