Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

VIDEO TULAR: KEJAR-MENGEJAR OLEH UNIT RONDAAN BERMOTOSIKAL DAN ORANG AWAM #301024

“Pada 27 Oktober 2024 jam lebih kurang 1.30 pagi, sewaktu menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya, Unit Rondaan Bermotosikal telah terkesan seorang lelaki menunggang sebuah motosikal yang melanggar lampu merah.”

“Anggota polis telah berusaha menahan penunggang motosikal tersebut tetapi tidak berjaya kerana suspek enggan memberikan kerjasama dan melarikan diri memasuki Jalan Masjid menghala ke Pekan Kayu Ara.”

“Suspek telah menghilangkan diri dengan meninggalkan motosikal berhampiran tebing sungai bersama-sama sebuah helmet berwarna merah.”
“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja'afar

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS