Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
VIDEO TULAR: KEJADIAN SAMUN DI SEBUAH KEDAI RUNCIT
VIDEO TULAR: KEJADIAN SAMUN DI SEBUAH KEDAI RUNCIT
"Pada 4 November 2024 jam lebih kurang 9.10 malam, pihak polis telah menerima satu laporan dari seorang wanita tempatan yang merupakan pemilik sebuah kedai runcit berkaitan kejadian samun di kedainya di Jalan Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang".
"Pihak polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun menggunakan senjata dipercayai sebilah parang terhadap seorang lelaki warga Pakistan hingga tular di
media sosial".
"Suspek juga telah melarikan wang hasil jualan dianggarkan berjumlah RM2,500. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan".
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Seberang Perai, ACP Anuar Abdul Rahman
