Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
VIDEO TULAR: PERGADUHAN MELIBATKAN SEKUMPULAN INDIVIDU
"Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah menerima satu laporan pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 5.55 petang dari seorang warganegara tempatan yang bertugas sebagai polis bantuan di Genting Highlands, Pahang".
"Kejadian telah berlaku pada 23 Oktober 2024 jam lebih kurang 3.15 petang, yang melibatkan lebih lapan orang lelaki di dalam Kasino Genting Highlands. Pergaduhan tersebut berpunca daripada pertengkaran tentang
insuran cip kasino bernilai RM100,000 yang perlu dibayar oleh salah seorang suspek".
"Tujuh orang suspek telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan. Kesemua suspek terdiri daripada warganegara tempatan dan warganegara asing yang berumur lingkungan 39 hingga 70 tahun".
"Pada 28 Oktober 2024, seramai tiga suspek telah dituduh di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala empat lagi suspek dibebaskan setelah mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Pahang".
Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar
