Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

VIDEO TULAR: TANGKAPAN PENYELUDUPAN MIGRAN

"Pada 12 November 2024, semasa polis membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan di kawasan susur keluar Lebuh Raya Malau arah selatan".

"Ketika dihampiri, pemandu kereta terbabit bertindak memecut sejauh lebih kurang dua kilometer sebelum terbabas ke bahu jalan simpang tiga menghala Asun, Jitra. Pemandu kereta tersebut cuba melarikan diri namun berjaya ditahan".

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta menemui lima lelaki dan dua wanita warganegara asing berumur lingkungan 26 hingga 43 tahun. Kesemua warga asing yang diperiksa didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah".

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Redzuan Salleh

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS