Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#OPBANJIR KDN GERAK ANGGOTA PDRM DAN ASET UNTUK #OPBANJIR


Susulan daripada musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri ketika ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengerahkan 1,672 pegawai dan anggota polis untuk membantu operasi banjir di seluruh negara.

Manakala sebanyak 230 aset pula digerakkan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot dan satu helikopter digerakkan bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir.

Selain itu, seramai 818 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turut ditugaskan untuk membantu mangsa banjir di kawasan terjejas termasuk di 706 pusat pemindahan sementara.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS