Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

VIDEO PILIHAN: KPN IRING KETUA MENTERI MELAKA SANTUNI WARGA PASUKAN DALAM COMMUNITY POLICING, HARGAI JASA PENGORBANAN PESARA PDRM

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Program Community Policing bersempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung dekat bangunan lama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir, Melaka pada 14 Disember 2024.

Program tersebut adalah simbolik acara rasmi penutupan bangunan lama IPD yang telah berusia 100 tahun dan penghargaan Kerajaan negeri kepada warga Pasukan yang kini ditempatkan sementara di bangunan baharu yang terletak di Batu Berendam, tidak jauh daripada lokasi asal.

Sumber: TikTok PDRMsia

Juruvideo: Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS