Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
HEBAHAN: MAKLUMAT TULAR? AIFA SEDIA BANTU ANDA SEMAK
AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant) merupakan chatbot semak fakta yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membolehkan orang awam menyemak kesahihan maklumat secara automatik serta pantas melalui aplikasi WhatsApp.
Simpan nombor 03-8688 7997, imbas kod QR atau layari
sebenarnya.my. Hantar mesej dan dapatkan jawapan sahih daripada sumber dipercayai.
Tak pasti, jangan kongsi! Semak dulu dengan AIFA.
