Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KISAH PEGAWAI PGA SENOI PRAAQ – BERSAMA MALAYSIAKU

ASP Lee Beng Oui, 44, merupakan pegawai Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, Pengkalan Hulu, Perak sentiasa berdiri teguh di barisan hadapan. Beliau berperanan memastikan keselamatan negara dengan menjalankan operasi membanteras jenayah, mengekang aktiviti penyeludupan, serta melindungi komuniti di kawasan pedalaman dan sempadan.

Walau berdepan cabaran di hutan belantara dan medan operasi yang mencabar, warga PGA Senoi Praaq terus cekal berbakti demi keselamatan rakyat seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.
“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.

”Lawati laman sesawang https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my dan nyatakan ekspresi anda bagi menyokong aspirasi BERSAMA MALAYSIAKU.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS