Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

KISAH ANGGOTA UNGERIN – BERSAMA MALAYSIAKU

Lans Koperal Muhammad Syafiq Nordin, 26, ialah anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) di bawah Pasukan Polis Marin. Berbekalkan disiplin tinggi serta latihan mencabar, anggota pasukan elit ini dilatih dalam taktik khas, selaman, pertempuran jarak dekat dan operasi membanteras jenayah rentas sempadan

Sama ada di lautan bergelora mahupun di muara terpencil, kehadiran UNGERIN menjadi benteng utama mengekang ancaman penyeludupan, lanun dan pencerobohan, sekali gus memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Mungkin jarang muncul di mata umum, namun UNGERIN tetap teguh berdiri sebagai wira samudera yang rela berkorban demi keselamatan dan ketenteraman rakyat.
“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”

Lawati laman sesawang https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my dan nyatakan ekspresi anda bagi menyokong aspirasi BERSAMA MALAYSIAKU.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS