Di sebalik megahnya sayap besi yang membelah angkasa, berdiri wira teknikal bergelar Jurutera Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itulah Inspektor Siti Syamimi Mohd Shafiee, 31, seorang insan berilmu yang memastikan setiap pesawat terbang gagah tanpa cela, menjadi nadi penggerak operasi udara demi keselamatan rakyat.
Selain itu, bertanggungjawab dalam menyenggara pesawat dan memastikan penyelenggaraan yang dijalankan berpiawaian tinggi bagi menjamin keselamatan pesawat udara semasa digunakan berada dalam keadaan selamat, efisien serta sedia beroperasi.
Dengan kepakaran dan ketelitian tanpa kompromi, merekalah yang memastikan setiap pesawat PDRM sentiasa berada pada tahap terbaik, bersedia menyahut panggilan tugas demi keselamatan rakyat, kelancaran operasi dan kedaulatan negara.
“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”
#12092025