Inspektor Mohamad Ahya Abdul Hadi, 37 tahun, merupakan Juruterbang Helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pangkalan Semenanjung, Subang, Selangor. Beliau menjadi simbol kepada peranan juruterbang helikopter PGU yang berkhidmat sebagai 'mata di udara' menyokong pasukan keselamatan di darat demi memastikan keselamatan sentiasa terjamin.
Juruterbang helikopter PGU bertugas melakukan pemantauan, rondaan di kawasan berisiko tinggi serta terlibat dalam misi mencari dan menyelamat melalui ruang udara.
Mereka juga memainkan peranan penting dalam membantu penguatkuasaan undang-undang, menyelamatkan nyawa dan memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara.
“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”
#22092025