Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri terus mengutamakan kesejahteraan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melaksanakan penyelenggaraan dan naik taraf kuarters di seluruh negara. Daripada 62,760 unit, sebanyak 13,474 unit dibaik pulih dengan peruntukan lebih RM223 juta bagi memastikan kediaman yang lebih selesa, selamat dan bermaruah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah menegaskan komitmen kerajaan menjaga kebajikan anggota melalui Skim Bencana Kerja yang menyediakan perlindungan bagi kematian, kehilangan upaya, serta kecederaan parah dan ringan.
Usaha berterusan ini jelas mencerminkan iltizam kerajaan MADANI dalam menghargai peranan anggota keselamatan sebagai benteng utama negara.