Pecah amanah oleh pekerja syarikat merupakan satu kesalahan jenayah yang tidak boleh dikompromi, termasuk perbuatan menggelapkan wang, memalsukan urus niaga atau mengubah rekod kewangan. Tindakan sedemikian adalah salah di sisi undang-undang.
Kesalahan ini boleh disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat. Sehubungan itu, majikan dan pekerja diingatkan agar sentiasa memelihara amanah, berintegriti serta berwaspada dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM