Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] SEMPADAN NEGARA: KEDAULATAN DAN KESELAMATAN MALAYSIA


Sempadan negara adalah manifestasi kedaulatan Malaysia, merangkumi daratan, perairan maritim dan ruang udara, serta menjadi benteng utama keselamatan, kesejahteraan dan kedaulatan tanah air.

Malaysia mempunyai sempadan darat sepanjang 3,254.5 kilometer dengan Thailand, Indonesia dan Brunei, justeru kewujudan pos kawalan, pagar, tembok dan sistem pengawasan menyeluruh adalah instrumen strategik bagi melindungi negara daripada ancaman keselamatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa keselamatan sempadan adalah asas kedaulatan dan ketenteraman awam, memerlukan komitmen bersepadu kerajaan dan sokongan rakyat untuk memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.

Keselamatan sempadan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia.


May be an image of map and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS