Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin.
Allahyarham, berusia 44 tahun, merupakan Pegawai Terup Komander 9, Skuadron C, Unit 69 Komando. Allahyarham dilaporkan lemas semasa menjalani latihan menyelam di Pos Gabungan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, Pulau Mataking, Semporna, Sabah.
Semoga roh Allahyarham Inspektor Khairul Azhar Kamaruddin dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.