Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL MOHD HAFIZAN OTHMAN


Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Mohd Hafizan Othman.

Allahyarham yang berusia 34 tahun merupakan anggota Balai Polis Kampung Rapat, terbabit kemalangan motosikal di kawasan Casa Bintang Residence Jalan Tiger Lane, Ipoh, Perak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Semoga roh Allahyarham Koperal Mohd Hafizan dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS