Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama Polis Diraja Malaysia termasuk rakan strategik pelbagai agensi terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan Zon Maritim Malaysia.
Pelaksanaan Operasi NAGA (OP NAGA) memberi penekanan kepada rondaan serta penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan Vesel Nelayan Asing Vietnam, di samping memastikan pematuhan undang-undang Persekutuan di Kawasan Operasi Maritim.
PDRM akan terus komited menyokong usaha penguatkuasaan ini demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia