Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan Video Pendek Keselamatan Jalan Raya Tahun 2026.
Serlahkan bakat serta kreativiti anda dengan menghasilkan video pendek yang menyampaikan mesej berkaitan keselamatan jalan raya secara jelas dan berkesan.
Hasilkan video yang kreatif, berinformasi dan mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan keselamatan jalan raya.
Untuk maklumat lanjut, sila imbas kod QR yang disediakan.
Apa tunggu lagi. Hantarkan video kreatif anda sekarang! Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13 Mac 2026 (Jumaat).