Infografik PDRM
.....................................................................................................................................................................................................................................................
SELAMAT MENYAMBUT HUT KE-67 PASUKAN SENOI PRAAQ
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) ke-67 penubuhan Pasukan Senoi Praaq PDRM.
Berbekalkan semangat juang ‘Orang Perang’ yang terpahat kukuh dalam sanubari, warga Senoi Praaq Sang Saka Biru terus berdiri teguh di barisan hadapan dalam mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara tercinta.
Semoga Pasukan Senoi Praaq terus kekal cemerlang, gagah dan disegani dalam menggalas amanah menjaga keselamatan tanah air.